Kali ni gua maw menunjukkan ketepatan koordinate dari atas bukit bersebelahan kg gua seksyen 24.Orait..
Bulatan arah merah itu adalah rumah ustazah mengaji dan disitu lah lorong rumah gua. Ramai la geng2 gua di kawasan kejiranan poie mengaji disitu tapi tidak termasuk gua pasal dulu mengaji dengan mak gua di rumah. Di jalan sawi itu jugak banyak kenangan yang sentiasa terpalit dikotak pemikiran terutama pada musim permainan tahun 90'an. Disitu la tempat gua main layang-layang, gasing, badminton, guli, bola, bola chapping, baling selipar, galah panjang, baling tin dan lain lain lagi. Kemeriahan di lorong itu jua.Tapi itu dulu punya ceritaaaaaaaaaa.
Lain cerita pada tanda arah biru. Itu adalah sekolah menengah gua. 5 tahun gua menjadi penunggu sekolah bersama geng2 lain. Last gua menjadi pelajar disitu pada tahun 2001. Gua bersekolah dan sekelas dengan saiful osman dari flat JKR seksyen 24. Yaaaa member gua sampai la ni gua keep in touch walaupon dia sekarang ini menjadi penduduk tetap kg bukit naga. Naga apa, naga berdengung kot..hehe. Walaupon kami bersekolah dan sekelas, perbezaan amat ketara kerana dia ke sekolah menunggang basikal dan gua..ehemm ehemm berjalan kaki bersenang lenang.5 minit loceng berbunyi baru gua nak kesekolah..kah kah!!
Lain pula tanda arah kuning, itu adalah SMK 24(2). maknanya tempat gua ada sekolah yang terpacul berdekatan jalan sawi. Yang gua taw sekolah itu diwujudkan dan diselaraskan menjadi satu sesi saja atau diwujudkan untuk menampung pelajar pelajar yang semakin membuak untuk bersekolah disitu. Ape pon itu bukan point gua. Sebenarnya sebelum sekolah itu wujud, itu la padang sekolah gua. Rata- rata situ la tempat gua training bermain bola, ragbi, hoki dan kriket tatkala time pendidikan jasmani di sekolah. Tapi gua pelik, bile wujudnya sekolah baru ni, mana ada padang untuk pelajar pelajar ni bersukan.so maknanya, time pendidikan jasmani atau hari sukan ni apa deme buat siakkk?..owh boringgnyeeeeeeeee
Dijadikan cerita pada tanda arah oren. Itu adalah paip air yang merentasi sungai klang. Baru dibina untuk menghubungkan air pada area kawasan rumah gua ke satu kawasan baru. Sebenarnya sekitar awal 90'an hingga pertengahan 90'an sungai klang itu adalah sumber sumber pada kaki pancing untuk memancing disitu kerana ikan ikan disitu bukan kepalang banyak dan besar besar belaka. Kebanyakkan dari jenis ikan patin, belida....bla bla bla. tidak lupe juga pada raja sungai iaitu buaya. Disitu la tempat mereka berenang renang kuak lentang bagai. Paling dasyat gua tengok hasil dari pemancing adalah ikan patin sebesar satu depa tangan. Paling menakutkan bile gua sendiri tengok buaya tenggelam timbul tenggelam timbul di muara sungai dan kelibat tapak kaki buaya di persisiran sungai tatkala gua memancing saja saja. Dan paling horror adalah pabila dapat melihat mayat kaku yang diangkat dari sungai klang ke darat yang itu dijumpai sendiri oleh kaki pancing. Gua rasa itu sekitar tahun 1996 time gua balik dari sekolah agama. Fuohhhhh.aroma pada mayat itu sungguh..sungguhh..sungguhh....tekak gua dah rasa loya bagaii...erghhh. Tapi itu dulu punya ceritaaaaaaaa
Akhir sekali pada tanda arah pink. Haaa kalau nak taw itu la istana negeri dimana sampai la ni gua tak jejak lagi keatas. Ape nak buat, gua ni memang anak jati selangor dari golongan orang biasa saja, bukan pada golongan kerabat diraja. Ape pun bendera selangor sentiasa berkibar kibar tatkira cuaca cerah, mendung, hujan ribut bdai melanda bagai dan ianya tetap megah menjadi mercu tanda kibaran selangor.Hail!!!!
pssssstt..gambaran diatas bukit itu gua amik dan dahulunya adalah kawasan hutan banat yang dihuni unggas unggas. Akan tetapi sekitar tahun millenium hutan hutan ini telah ditarah dan dinaiikan taraf untuk projek projek perumahan dan tempat itu menjadi kawasan baru pada peta selangor yang telah dinamakan sebagai ALAM IMPIAN.
Sekian.....wassalamu.....

perghhh..ni kira kodinat pakai ape niee..hahaha
ReplyDeletemmg aku dtg nek beskal..umahh nun jauh hujng tu..balik boleh lepak kedai shahirah main tikam2..hahaha
huhuhuhuhuhu...
ReplyDeletehebat nya..
pasni bleh jd cikgu ajau geografi yer long..
=D
pergh......oren? kecik la sgt tanda nye..
ReplyDeleteentry terpanjang pernah ko buat.syabas!
ReplyDelete