Oct 7, 2011

Konsert Raksasa 2011

Sabtu lalu (1 october 2011) wa berpeluang menyaksikan dua band lama blues rock & roll malaysia iaitu Sweet Charity dan Blues Gang yang sememangnya mencetuskan fenomena tersendiri dalam arena industri muzik tempatan. Konsert bersejarah ini berlangsung di stadium merdeka, stadium bersejarah ditengah ibu kota kuala lumpur.


Hari tu wa pergi berseorangan ke stadium merdeka. melayan blues orang bilang. Melampam la wa depan pintu masuk lepas membeli tiket di kaunter. Nasib baik juga la ada geng geng yang wa kenal datang untuk tidak lepas berpeluang utk menyaksikan show ini. Jam 3pm baru la dibenarkan masuk ke dalam stadium. setelah melepasi acara "sportcheck" bagai dipintu masuk, terus wa meluru ke padang. Stage besar terpampang di hujung padang dengan set set yang gempak orang bilang. Melihat dalam flayer, konsert itu dijadual berlangsung dalam pukol 8.45 mlm.tapi untuk acara petang tu dimeriahkan dengan "monster of metal" band yang diselitkan dalam Konsert Raksasa itu.Antara band yang beraksi ialah Humilation,BrainDead,Sil Khannaz,Nuclear Strike, Sofea dan Alfarabbi band.

Band pembuka tirai pada petang tu ialah humiliation. Death metal victory bak kata barbee(vokalis) tu bilang. Mereka sinonim dengan old school death metal dan membawa  4 lagu yang sememangnya padat dengan mid tempo death metalnya. Tapi sayangnya dalam keasyikkan melayan berlaku pula masalah teknikal yang tak dapat dielakkan dimana amp gitar 2nd tak berbunyi secara tetiba...............................................BERSAMBUNG.


1 comment: