Apr 13, 2011

Terperangkap dalam baju hujan sendiri

Petang semalam gua tercegat depan tingkap ofis gua pada aras 5 melihat keadaan luar yang begitu suram, kelam bercampur baur kegelapan. Awan mendung berarak laju menandakan hujan akan turun dengan deras. Pokok-pokok dibawah ofis gua tengok bukan kemain deras goyangnya disebabkan angin kuat bercampur dengan guruh petir sambung menyambung. Ini tak boleh jadi. Hati gua semakin kuat untuk redah liku liku tatkala dalam perjalanan. Gua arapkan boleh pecut hujan dari membasahi diri gua.

Tepat pukol 6 petang menandakan waktu tepat untuk balik dan gua bergegas kuar punch card bagai dari ofis dan terus ke moto gua yang megah parking di basement 1. Gua terus sentap menghidupkan moto dan memulaskan trotle moto gua. deruman mengaum memecah sunyi di basement 1 bangunan ofis gua. Itu tandanya moto gua sudah bersedia untuk memulakan tugasnya. tanpa buang masa gua terus pecot tapi apakan daya keluar ja dari basement 1 ke luar hujan turun dengan lebat. sekali berderap ja hujan turun.

kanninaaa..terus gua berhentikan moto ke loby dan terus sarung baju hujan gua.huzzz huzzz...selepas semuanya lengkap bersarung gua terus pecot kembali ke jalan besar dimana jalan tu sentiasa jemm dengan ratusan kereta kereta yang melalui jalan utama itu. Maklumla punca utama jalam jemm ialah terlalu banyak lampu isyarat ditambah pula dengan kepadatan orang-orang yang masuk subang USJ. Sampai ja lampu isyarat gua lihat abang traffik menjalankan tugas dengan kemas dengan nyalakkan wisell yang tak henti henti. Ahh gua tak pedulikan semua itu yang penting dengan kelebatan hujan ni dapat gua harungi dan selamat sampi ke rumah....pecot punya pecott gua tgk brader brader moto yang tak sarung baju hujan mahupon yang malas nak sarung baju hujan ataupun yang tak dak langsung baju hujan tersadai di bawah jambatan. Gua dengan senyuman bangganya lalu bersaja depan mereka pasal gua sarung baju hujan dan yakin kecepatan untuk sampi kedestinasi amat tinggi. Tangan, badan gua dah rasa sakit disebabkan tunjalan air hujan lebat yang tak putus putus jatuh ke bumi..Gua pecot lagi..lagi..lagii..lagi..dan lagi....dan lagi....

Akhirnya sampai jua gua dihalaman rumah jalan sawi. Hujan tak berhenti henti.Semakin deras gua tengok & anak anak kecil kat rumah bukan kemain seronok bila gua balik. nurin dan hadif. masing masing dah tertojol depan pintu dok jerit " paman..pamann..pamann ". sebenarnya nurin yng dok nyahutt gitu.adiknya tolong backupkan je menjerit bagai....

"paman paman nak atis..nak atiss " kata nurin yang agak pelat ckit bila bercakap. (atis yang dimaksudkan adalah askrim)..

"woooo...paman mana ada beli atis.tak sempat,.hujannn la ayin uitt....esok esok paman belikan k.." balas guaa.

mak gua pon menyuruh dak dak tu masuk dalam rumah dah gua kene lunaskan perkara lain dengan membuka baju hujan yang tersarung kat badan gua.tapi ternyataaaaaaaaaaaaa........................

" makkkk tulungggg..baju hujan ni tak leh bukak pulakk.." jerit gua kt mak guaa..

Cangkuk kancing zip baju hujan gua boleh patah. entah camna boleh patah pon gua tak taw.ahaiii time time gini laaaa dia buat halll....hampir setengah jammm baru gua dapat bukak..
pengakhiran cerita yang gua bikin ni dalam masa setengah jamm tu gua terperangkap dalam baju hujan sendiri.....choii

huzzzz huzzzz.....

2 comments:

  1. ohh, sungguh sadis..aku pernah terperangkan dlm selimut,.susah betul nk keluar...sejuk pagi tu ;p

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete