Apr 15, 2011

Scene kompang

Tetiba terasa nak  balun kompang. Seingat gua dulu gua join scene kompong masa form 2 atau form 3 tahun '98 '99 kot. Itu pon join kelab kompang sekolah. Apa yang gua tau jenis-jenis kompang terdiri daripada kompang hadrah, kompang johor, kompang eizhar, kompang kelalang bla bla bla. Jenis paluan juga berbeza mengikut jenis kompang tersebut. Persembahan kompang ni mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa sebagai contoh mengiringi aktiviti vokal dan persembahan nasyid atau marhaban, mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam al-quran, untuk merangsang semangat pasukan bertanding (paluan untuk memeriahkan suasana dalam pertandingan badminton)....bla bla bla

Dengan penjelasan gua diatas dapatla beri sedikit sebanyak info pada lu orang tentang scene kompang ini. ermm itu ari gua pi kenduri adik patt kat seksyen 16. Gua terkesima tengok team kompang sana. Bukan apa, gua tengok paluan kompang biasa gua dengar tapi ada sedikit formasi dalam team kompang tu. Macam- macam style formasi boleh gua saksikan. Gua rasa macam dah tengok pertandingan kawad formasi antara negeri.





erm lu orang kenal yusof kompang..???

1 comment:

  1. yusof kelana gua kenal, biasa dgr..pe tah lg yusof haslam...sol sol sol ;p

    ReplyDelete