Mar 11, 2011

Bukit bukau

Malam semalam adalah malam bosan untuk gua. Tapi ape pon ada juga yang sanggup melayan karenah gua ini dengan susulan pertanyaan kabar, perkenalan,ucapan, info bla bla bla dari gua. Apepon itu dah memadai. Dramatik dari gua saja. Tapi sebenak karenah macam2 dari gua ada jugak kutu yang terpaksa gua layankan karenah.ahaiii kerry oo kerry.choiiii..

Ok, beralih cerita lain pula. Sabtu lepas gua sudah berjaya merencana aktiviti berfaedah dengan pendakian di bukit broga, semenyih. Yup bukit famous yang kerap dikunjungi oleh orang. Pemandangan cantik dipuncak sana. Ape pon gua pertama kali pergi ke bukit broga dan ia sememangnya berbaloi untuk gua dan lenlain. Turut serta dalam acara ini ialah nazri, saiful othman,eja, farhana & syilla (kazen molek farhana). Pada aisar & apiz, gua simpati dengan ke tidakhadiran kalian. Mungkin kita akan pakat2 kesana lagi.


 
Malam tu naz tido rumah gua. Senang untuk awal pagi terus bergerak saja. Naz betol2 keletihan malam tu. mungkin lambakan kerja membuatkan dia sebegitu. Bukan kemain nyenyak tido.Gua juga terpinga.sejam saja gua dapat lelap.mungkin excited @ mungking gua mmg xde feel mood nak tido waktu itu. Ape pon itu tolak tepi.pukol 4 pagi gua berangkat dan hijack saiful dirumahnya di kampung bukit naga. yaa kampung yang penuh dengan tragedi. ermm sebenarnya gua pon tak taw kisah disebalik bukit naga .misteriii..hanya2 otai2 malam yang tersadai ditengah jalan menjaga kawasan.Gua berlalu begitu saja walaupon dikejar,,heyy diaa tak taw ke sekali gua lenyek dgan myvi ni terus sadai tak bernyawa kan.haihhh.itu laa anjing jalanan yang dijolok oleh naz sebagai otai2 kg malam hari.menyalak bagai nak rakk.ha ha

Selepas itu kami terus shoot ke kajang. Menunggu selebihnye di petronas berdekatan rumah eja. Pemanduan agak lancar pagi itu. Rileks memandu tanpa sebarang aktiviti jamm yang berlaku. Tapi kalau ianya berlaku ditengah pagi itu mungkin gua akan menyumpah tak sudah.huzz. Dalam perjalanan menghampiri kajang , ada sesuatu yang tersadai di tengah jalan. Yang gua nampak ada sebarang pergerakan sedikit.meggelitek di tengah jalan. Gua dah syak ini kucing baru pas kena langgar lari.erghhh..Tapi tekaan itu dibangkang sekeras kerasnya oleh naz.Bukan kucing tapi musang..OOOOo. tak sampi 100 meter dari tmpt itu gua nampak satu kereta dengan beberapa budak dalam isi kereta tu terjenguk jenguk depan belakang kereta. Semestina kereta tu yang melanggar. Don’t worry radiator kereta lu tak pecahh pon kerana saiz musang yang lu langgar tak besar mana.Gua bukan apa cume terkenang kisah pelanggaran anjing yang ingin bunuh diri di lebuh raya dengan kelajuan sedap 120 km/h.di lorong kanan. Waktu itu kami dalam perjalanan balik dari Singapore ke Shah Alam. Kesudahannya satu dentuman kuat berlaku dan terus ketepi highway. Bumper myvi wax jatuh terkulai, radiator pecah, tapak radiator kemekk, bau anjing salai bawah kereta, bulu bulu menepek di balakng kereta dan macam macam lagi..Haru kan.huzz huzzz. Berbalik cerita asal, sampai jua kami di petronas. Adat menunggu, hampir 45minit kami tersadai menunggu yang lain. Masa itu kami peruntukkan untuk streaching sekadar ringkas sebelom memanjat nun bukit sana. Selepas semuanya berkumpul disitu kami terus ke destinasi seterusnya …detik yang kami nantikan..

Dalam perjalanan nak menghampiri ke bukit tu, gua ade perasan satu bukit yang diterangi lampu lampu aneh dikawasan sekitar bukit. Gua hairan. Ke mungkin ada projek pembangunan di situ.ahaii awal pagi benoo kontraktorr melakukan tugas.dasyattt "bisik hati gua". Tapi tekaan gua meleset..sampi di bukit tu untuk park kereta di kawasan ladang kebun kelapa sawit dibawah bukit, gua rasakan seperti satu pesta.Parking penuh.dengan ramai orang .fuhh rupenya waktu ni penuh plak orang berkunjung.tepat jam pukol 6 pagi kami mendaki. Masing masing sudah bersedia. Suasana gelap waktu itu.berbekalkan lampu suluh seketol kami teruskan daya untuk kesana. Naz jugak hebat.menggunakan kecanggihan handphone toch light sebagai kegunaannya..nice.

Dalam perjalanan ke bukit gua rasakan satu kebisingan di sekitar kebun banat disitu. Apa dia orang takda adab ka.semuanya maw bikin tunjuk lagakk..choiii..sat gi lu orang kena sampuk sama antu bukit baru taww..huzzz. Dan pada masa itu gua rasakan satu nafas kuat kepunyaan saiful othman di sebelah gua.yaa..he he..kamonnn saiful you can do it.penyudahnya tersadai di kaki bukit. Kepenatan sangat dan bebanan beg yang dipikul. Ape pon dengan semangat kumpulan, kami menunggu supaya energy saiful kembali bertandan lagi. Tapi bukan saiful keseorangan, rupenya ada juga segelintir penugunjung dok tersadai kepenatan. Ada yang rebah pitam.Dan tidak kurang lagaknya dengan menghisap rokok sambil menerjah kaki bukit. Gua rasa sistem paru paru dia ada 8 kot.choiii...penat penat maw hisap rokok jugak.huzzz.Selepas itu Gua pikul beg saiful untuk meringankan bebanan tubuh badannya.


Akhirnya dengan daya yang jitu kami sampi ke puncak untuk level 1st dan seterusnya ke level 2nd. Sempat juga gua snap pic candid untuk mereka. Tu dia saiful dok pegang h/p. updated status ke hapa ntah gua pon tak pasti.Farhana , eja duk senang lenang duduk mengamati suasana diatas. Dan sorang lagi terus rebah tido tanpa sebarang perasaan. Penat sangat kot.he he..Sempat jua bersarapan diatas. Roti sandwich yang di bawa farhana sendiri. Apa pon thanks ya:). Selepas itu, gua dan naz semakin ligat menyelinap disebalik bukit bukau yang ada disini.pemandangan memang ketara asyik. Tinggal mereka di bawah dan kami berdua masih bertenaga untuk melakukan aktiviti memanjat.

Akhirnya gua dan naz sampi ke puncak sebetulnya.yess.apa nak dikata pengalaman yang sungguh mengasyikkan. tapi 1st ekspresi muka yang kami terpaksa lalui ialah menahan pernafasan sedikit demi sedikit. Damn bau ketiak lencun tersegam menusuk ke lubang idung.erghhhhh Gua betul betul pening dengan suasana gitu. Begitu ramai orang menjejak puncak bukit yang sekangkang kera itu. Apa deme tak pakai deadorant apa @ deadorant mereka kurang pejal untuk tangani sistem badan tatkala untuk melakukan aktiviti lencunan peluh badan. erghhhh..ha ha





Matahari semakin tinggi, panas bahang sudah terasa, masa untuk kami turun sudah tiba. Tapi di waktu terik meningkat, semakin ramai pula orang yang terjah bukit ini. Ada yang bersama family.anak anak kecil dibawa....mungkin untuk melatih anak anak mereka untuk membina rangsangan minda atau untuk sama sama merasai pengalaman bersama keluarga. Ape ape pon segala rencana terlunas tatkala kami jejak turun ke bawah kembali. Gambar bersama dapat gua snapkan untuk kenangan saja. Itupon gua suroh brader yang lalu lalang disana unutk amik gambar.. Ape pon terbaekkk!!! next time la kot kita pergi lagi.kali ini ke Gunung Tok Wan pula..yeahhhh. Esoknya gua dapat info dari mereka semua lenguh badan..ha ha..rilekss...penangan bukit katakan.itu baru bukittt...he he


Dalam perjalanan balik, naz terus menyuruh gua ke satu kawasan dan ternyata memang sedap mata memandang. Yup, kami di REDANGGG....sungguh asyik. Air jernin membiru.sungguh nyamannn sekalii..he he

2 comments: