jeritannya yang tak bersuara
menakluki kita semua
hingga mencetuskan
sengketa......
Hadiran nya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...
Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan
Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini................................."
Apa yang gua taip diatas itu adalah bait lirik dari kumpulan handy black - natrah. Kumpulan rock yang pernah menjadi fenomena penggemar rock & heavy di malaysia selain search, wings, junction.....bla bla bla. Lagu ini berkisarkan kisah realiti benar yang pernah menggemparkan tanah melayu satu ketika dulu. Lagu ini pernah dibanned oleh radio radio sekitar tahun 90'an dimana menyentuh sensitiviti kaum pada masa itu.Sehingga satu masa gua terjumpa satu review lagu ini mengatakan ada rilisan novel berkenaan lagu ini.yaa berkenaan dengan Natrah. Atas nama cinta...begitu la tajuk novel sejarah karya Penerima Anugerah Penulisan Sea 2006 dari Singapura, Isa Kamari. Terus gua cari dan terus sambar dikedai buku berdekatan dengan ofis gua. ini cerita lama. seingat gua tahun 2008 gua sambar novel ni.baru harini rajin nak review.ahaaiii
Kisah atas nama cinta ni menceritakan dimana Nadra Ma’arof watak utama dalam novel yang pernah menggemparkan Tanah Melayu kerana wanita mualaf itu menjadi rebutan antara keluarga angkatnya yang mewakili dunia Melayu-Islam dengan keluarga sebenarnya, mewakili dunia Barat. Episod sejarah yang tragik ini dimulakan dengan babak Maria dibicarakan Mahkamah Daerah Bergen op Zoom atas tuduhan cuba membunuh suaminya, Johan Geradus Wolkenfelt. Perbicaraan itu sekali gus membuka lipatan sejarah mengenai tekanan perasaan yang dialami wanita itu pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu selepas beliau dijadikan anak angkat oleh keluarga Melayu.
Novel ini juga memaparkan episod rusuhan orang Melayu yang terbakar dengan tindakan Mahkamah Tinggi Koloni Singapura mengeluarkan keputusan merampas Nadra daripada Aminah untuk diserahkan kepada keluarga asalnya di Belanda. Banyak liku liku, ranjau yang dilalui oleh natrah dan isa kamari berjaya menyelami kehidupannya dengan penuh teliti. Ape pon two thumbs up pada isa kamari.gua amik masa untuk abiskan novel ni yang setebal 284 halaman.huzzzz
Apa pon gua selitkan video clip handy black dengan lagunya untuk tatapan korang....enjoy!!!

tkasih bg pinjam dulu yer...ending yang begitu brutal gak...
ReplyDelete