Dec 30, 2010

Cuti peristiwa

Cuti peristiwa? yup dah agak lama kot tak kene cuti secara tiba tiba yang disahkan oleh perdana menteri kita sendiri. Last cuti peristiwa yang gua ingat zaman sekolah rendah kot. Masa malaysia menjulang kemenangan piala thomas. Dan esok adalah hari yang dinantikan. Ini semua gara2 kemenangan malaysia dalam bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi di Indonesia. Ternganga rakyat indonesia dok melihat kejayaan malaysia. Ape pon gua dan rakyat malaysia memang amat suka akan cuti sebegini. well done squad Harimau Malaysia. Esok apa maw bikin???....ZZZzzzzzz

Dec 29, 2010

Beer halal





















Hoffenberg!!! yup ayaq peraman non akhohol style mcm ayaq barrican....bla bla bla. tapi gua rasa penggunaan ayat beer macam tak sesuai. Boleh jadi simbol isu fitnah pada masyarakat umum lagi lagi golongan melayu yang berpikiran othordok. marbahayaaaa.....tapi itu bukan point yang gua nak ceritakan. Yang gua tak tahan pasal list khaziatnya yang bagi gua rasa macam tak masul akal. Antaranya " mengurangkan tekanan perasaan........" gilaaa betolll....tipu daya sungguh.chaittt...

Dec 28, 2010

Fenomena

















Agak kelakar bila gua tengok kartun ni. Ilustrasi brada dari seberang. Tapi itu la yang terjadi pada zaman moden kini. Fenomena. yup facebook menjadi trend sosial network kala ni. Rata rata pengguna fb banyak memberi info kehidupan diri dari masa kemasa. Sampai satu tahap member gua mengeluarkan statement status like " I have another 4 days before shutdown my facebook. Goodbye computer nerds and all the Facebook junkie!!! Stop EXPOSING YOUR PRIVATE LIFE ON COMPUTER!!!! Go read a book fucker!!!! ". Mungkin dah terlalu menyampah kot, tapi mahu atau tidak itu la modus operandi pengasas facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg.  Yaa ya ya, dunia sosial network yang diciptanya ada pada gengamannya. Ape pon p la tgk filem the sosial network. Lu orang akan paham.

Berbalik kartun benny & mice ni, pelbagai ilustrasi yang lu orang boleh tengok sinonim. Ape pon boleh la singgah ini blog.

Dec 27, 2010

Teratak pondok

Santai santai ngan mak gua je kot...nice

Rumah Melaka

Rumah Perlis


Hembusan saat akhir 2010

so close to the end of 2010...for whatever we've been thru this year,its gonna be history & gua nak ingat memori yang indah2 ja. yang sampah2  tinggal..:) happy new year yaw!!

Dec 26, 2010

Idea..
















Sebenarnya idea tu ada disekeliling kita. Tak kisah la idea untuk melukis, menulis...bla bla bla. Antara sedar tak sedar kita sahaja. Sebagai contoh, bila tengok karenah orang gila...itu idea. Bila kita tengok karenah gila gila remaja...itu idea. Bila kita tengok orang mabuk bercinta...itu idea. Bila kita tengok insan berhati mulia...itu idea. Bila kita tengok keadaan politik yang tak tentu hala...itu pon idea. Kadang kadang malas merayau, buka komputer baca internet itu pon dapat macam macam idea. Tengok tv pon boleh dapat idea. Baca buku, majalah pon boleh dapat idea. Pergi travel menyaksikan keindahan dunia, belajar perkara2 baru, menikmati pelbagai pengalaman dan budaya pastinya kita akan lebih kaya dengan idea....

Tapi apa yang gua paling syok sekali bila tido dapat mimpi best, itu pon melimpah limpah idea kita boleh dapat.huzz huzz...ZZZzzzzZZZZZzzZ

Dec 25, 2010

Medatasi pagi sabtu

Pagi ni gua rasa macam nak hempuk member gua mat komando dengan bantal. dengkur macam lori tanah. hoishh..Tapi itu bukan point gua pagi sabtu ni. Ntah, tetiba gua rasa ada satu macam menda dalam otak ni. Macam mana la hidup gua time dah tua nanti ye. Itupon kalau sempat tua la..hmmmmm.
Hadit riwayat at- Tarmizi dan muslim berkata, rebutlah lima yang lain. Lima perkara itu ialah :
  1. Masa sihat sebelum dilanda sakit
  2. Masa muda sebelum datangnya hari tua
  3. Masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk
  4. Masakaya sebelum tiba masa miskin
  5. Masa hidup sebelum tibanya saat kematian
Jika diberi kesempatan hiruplah segala peluang dalam kehidupan. Bersyukur setelah peroleh anugerah nikmat dan jangan lupa sentiasalah membuat persedian untuk kehidupan dunia dan dunia abadi yang satu lagi. Insyallah....

Gua rasa lain macam pagi ni..Mukadimah yang telus dari gua..... Tapi nape gua pikir hari tua...huzzz huzzz

Dec 24, 2010

Jibam Ooo jibam


" Anak suman.... Jibam, jibam
  Dengarlah lagu...
  Kunyanyikan, hanya untukmu...
  Gemuk pendek.. tembam tembam..
  mata bulat "

Lagu ni telah sinonim pada penggemar novel jibam. ya jibam, lagu yang dinyanyi oleh anak-anak kampung untuk mengejek Jibam.

Novel Jibam ni gua baca masa sekolah rendah lagi, seingat gua la. Zaman pinjam dari abang sedara gua, tapi gua tak menghayati sangat maklum la zaman sekolah rendah  hangat hangat taik ayam ja bacanya. Hasil karya dari Ujang yang ketika dahulu pernah menjadi satu fenomena besar terhadap novel novel tempatan lain. Kisah ACA, Aku Budak Minang dan Atuk adalah salah satu karya agung ujang sewaktu era komik gila-gila. Tahun 2005 camtu gua dapat sambar novel ni tatkala mengunjungi festival buku di kompleks PKNS bersama kawan gua si shahnizam daud. Time tu gua rasa "WAHHHH" gembira bukan kepalang memiliki "JIBAM". Novel yang gua dapat ni cetakan keberapa ntah gua pon tak tahu. Yang pasti sesiapa memiliki cetakan pertama memang "rare".

Novel Jibam boleh gua katakan kisah realiti kehidupan masyarakat. Apa yang tertulis dalam Jibam bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku di dunia sebenar, malah dalam zaman yang serba moden ini pun masih ramai yang berkelakuan seperti Tok Ngah Sudin, Usin Singai dan Fakir (watak dalam novel jibam) serta masih ramai yang memandang rendah pada orang seperti Jibam. Bagi yang beragama Islam, anak-anak seperti Jibam, sudah tentu tempatnya di sana kelak, bukan seperti kita, masih berusaha merangkak rangkak untuk masuk ke syurga-Nya. Pada yang rasa novel melayu tak menarik, gua cadangkan  baca novel Jibam ni, lepas tu buat penilaian sendiri semula.

Jibam atau nama sebenarnya Ashraf adalah anak pada Suman dan Piah yang merupakan seorang kanak-kanak yang bodoh-bodoh & unik setelah mengalami demam panas. Novel ini banyak membongkarkan kisah pengkhianatan, kekeluargaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Novel ni mengetengahkan watak antagonis seperti Tok Ngah sudin iaitu sahabat pada suman yang pasti menimbulkan perasaan kebencian dan kemarahan pada setiap pembaca kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan angkara nafsu tamak halobanya dan permusuhannya dengan Jibam. Selain itu, watak fakir, kadir, piah .....bla bla bla banyak menghidupkan lagi penceritaan ini.

Novel ini juga banyak menerapkan kisah kisah humor yang dilakukan oleh Jibam pada orang kampungnya sendiri dan juga mengisahkan bagaimana jibam membongkar rahsia pembunuhan ayahnya, suman. Bagaimana nasib Jibam? semuanya terungkap dalam novel ini. Walaupun gua dah lama tak baca novel ini, tapi plot ceritanya masih gua ingat dan memang melekat pada hati gua.

Pada gua kisah jibam ni sarat dengan pengajaran. Syabas kepada Ujang kerana membawa gua menyelami kehidupan kanak-kanak seperti Jibam..

All hail JIBAM!!!!


Ujang


Dec 23, 2010

Gua dan adik perempuan

















Dari kecik gua dan adik perempuan gua di beri ilmu dalam hal pertahanan diri. Kekuda di pasang tanda bersedia. Kalau berani marilaa........

N.D.T





















Upcoming show Atomicdeath for next year.by the way just supporting act band from DENMARK called NDT..cant wait for this moment...TEBABOOOOO

Kisah ada orang............

Ada orang pandai bercakap tapi tidak pandai buat kerja..
Ada orang tidak pandai cakap tapi cuma tahu buat kerja..
Ada orang cakap tidak pandai tapi buat kerja pon tidak pandai..
Ada orang cakap pandai tapi buat kerja pon pandai pandai..
Tapi ramai orang pandai cakap yang kita sendiri tak tahu entah betol entah tidak cakapnya tu..

hmmm...

Dec 22, 2010

Aku tak mahu..

"...aku tiup belon di dalamnya
ada nafas yang ku tinggalkan.....

Wajah kusam ku..tertampar tampar.
Aku tak mahu lagi..
Aku tak mahu lagi....

Tak mahu meniup angin yang melekit..
Tak mahu membelai malam yang kesakitan..

Tak mahu lagi...
Ako tak mahu hidup seribu tahun lagi.."

- nukilan brahim topi -

Dec 21, 2010

Buah hati gua















Hello everybody. Let me introduce, this girl name is nurin or nuyin...or you can call her yin yin. She so beutiful, sweet, nice & good behavior with people. But sometimes she can be acting like whore devil..emm erk erk but dont worry, she very very nice. i swear...:)

Rasional diri

Dalam kehidupan kita seharian kita akan jumpa dengan pelbagai karenah orang. Ada di antara mereka mampu memberi kita peluang dan ada juga yang cuma amik kesempatan. Bagaimana pula cara kita nak bezakan di antara peluang dengan yang cuma mahu wang...??

Dec 20, 2010

The medieval knight























Mereka ini warrior. Cume perbezaan di sini adalah gua tak ada kuda untuk tunggangan. Apa apa pon gua akan berusaha mencari kuda liar di sekitar jalan sawi........

Hang daim
















Bab ni gua memang amik serius. Pantang di buatnya.....jangan memain....

Jump..Jump..Jump!!!










Isnin

Hari isnin...bermulanya kemalasan yang membelengu untuk bekerja. Tapi kemalasan tu tidak berpanjangan, cuma permulaan untuk hari pertama dalam minggu pertama, kedua.bla bla bla saja. Bercerita tentang isnin, gua teringat akan zaman sekolah yang sudah gua tinggalkan 9 tahun sudah. Yup..hari isnin adalah ari agung untuk perhimpunan pagi sekolah Pukul 7.15, semua dah kena beratur menghadap bangunan sekolah. Awal betul.

Biasanya setiap pagi semua pelajar akan mulakan perhimpunan dengan menyanyikan lagu sekolah. Gua pun dah tak berapa ingat dah dia punya senikata. Selesai lagu sekolah, lagu kedua menyusul lagu negeri selangor. Ada hari yang pekena lagu Malaysia Sejahtera apa benda entah. Di sini dapat la gua mendengar sore2 bergema dari SMK 24 yakni sekolah gua sendiri. Tak lupa juga pada sore sore lemau pagi dari member2 sekolah gua. Ada yang menyanyi dengan mata kelam, ngantuk bagai dan tak lupa jugak  pada geng2 yang lewat masuk sekolah menyanyikan lagu lagu pehimpunan dari luar pintu pagar sekolah dek kena tahan lewat datang sekolah oleh pengawas. Tapi yang paling gua suka, ada satu lagu 'mainstream' yang kami kena nyanyikan beramai-ramai. Lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. nyanyian dari...dari darii jay jay. kalo tak silap gua la..ahh gua lupa lupa ingat la pulak..
Bila mula saja lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh itu, ramai la geng geng yang menyanyikan dengan penuh berkobar.dan ada pula yang menyanyi dengan penuh perasaan sambil tangan tang terangkat rangkat bagai..

gua pula macam biasa..sedaya upaya dapatkan tone sore awie..sampai la ni tak menjadi...haihh

Hantu mak limah balik rumah

Awesome.Two thumbs up!!!!...itu yang dapat gua luahkan. Filem ini memang mengamit riuh rendah gelak tawa dalam panggung...

Filem ini adalah Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ di teruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’.  Masih mengekalkan genre komedi seram dan sindiran sinis secara halus pada kita terutama pada ahli pemimpin politik bagai. Hasil karya dari anak jati PERAK iaitu mamat khalid. yup, mamat khalid byk mengadaptasikan humor2 lawak segar bugar bagai dalam filem hantu kak limah seperti filem filem lain arahannya. yang penting penggunaan jelas LOGHAT PERAK yang menjadi medium dalam dialog penceritaan..CECITER..CECITER..CECITER..yup..ungkapan ini akan menjadi siulan pada kita semua...
" mantopp mamat khalid, bikin wayang pecah perot untuk rakyat..terbaekk"

Husin yang telah lama bekerja di Singapura selama 3 tahun mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.Perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang agak psycho bila pertama melihat karakter dia.langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Husin juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas terus ke warung pak jabit & menceritakan orang-orang kampung yag mengeteh disitu yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.Humor dari husin lakonan awie sendiri adalah cara berlarinya yang bikin gua tergelak..cara berlari style filem komedi cina yang selalu diterapkan dalam filem stephen chow..yeahhh

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Humor dari abu hurairah lakonan johan raja lawak ialah style dia menunggang moto.ha ha..arghhh.seterusnya itu Pak Jabit yang sememang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan pertunangan dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Watak Usop si lelaki lembut penari kebudayaan paling2 menyerlah dalam cerita ni bagi gua.Sangat2 terkesan lakonannya.

Dalam keadaan sibuk dengan hantu kak limah husin ni cuba tackle balik bekas tunang die Che’Nin anak pada pak jabit..Pak abu, ketua kampung pisang mencanang kepada semua utk ke rumah kak limah itu sendiri.dalam cool pak abu ni ada jugak riaknya..yess satu babak pak abu dimana terserempak dengan kak limah dan terus meracau demam.Datang pula bomoh mengaku diri org indonesia lakonan sofi jikan yang tidak kurang hebatnya.bertapa sehingga ke gunung everest & padang pasir.kesudahannya di tampor dengan hantu kak limah sendiri.sudahnya meracau demam.ha ha...cilakak punye sofi jikan.pakai but pacak 22 lubang kot agaknya..ha ha style.

Kemudian datang pula bomoh siam untuk menghalau hantu kak limah dari muka bumi.seruan "pulawok..pulawokk..pulawokk...& gah gah gah" yang menjadi humor disini. Sudahnya datang pula antu nang nak dan antu kopek "tetek"..lain diseru lain yang datang.akhirnya tumpas jua.di libas smack down oleh hantu kak limah sendiri.
Hantu apakah itu sebenarnya?  Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?  Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah “

Menarikkan filem ni? Kolabrasi semua pihak termasuk pelakon amatlah penting dalam menjayakan filem. Jadi apa tunggu lagi, yang belum tengok. Jom ramai-ramai usya~


...

 gua rasa maw tengok balik filem ni weh..........!!!

Dec 19, 2010

Brahim topi..

Sapa brahim topi sebenarnya...???

Hasutan syaitan berdengung...

Sedang gua lepak berbaring di katil  sambil melayan lagu lagu pyaemia dengan tak pakai baju, tiba-tiba jam berdetik dah pukol 10 tengah hari. Masih awal. apo nak buat ni kot. Tiba- tiba.........

" eh jom kot...!!!" bisik hati gua girang.

Secepat kilat gua sarong baju. Gua capai dompet, telefon bimbit, kunci rumah, pakai topi dan bergegas ke pintu rumah. Di hadapan pintu rumah, langkah gua terhenti seketika. Hati gua rasa tak sedap...

" nak kemana siakkk...cilakak punya syaitan.bagi hasutan sekerat jalan...apaa punyaa turr la.." kata gua membebel sengsorang.

gua terus bukak tv & layan AFC channel sambil baring di ruang tamu....huzz huzz

Dec 18, 2010

Rock!!!

" Assalamualaikum..!!" "Assalamualaikum..!!"

Bunyi macam ada orang bagi salam. Gua berlari anak dalam rumah dengan adik perempuan gua yang dok pegang botol susu. Gua nampak ada satu brader terpekik bagi salam sambil duduk atas moto RXS tunggangannya tanpa helmet.

"haa dik, abah ada.." tanya brader tu. Gua biasa nampak brader ni dengan abah gua. Brader ni satu kilang toyota ngan abah kot. Gua taw kawan abah sorang ni nampak ganas. Masih bujang rasanya. Rambut panjang kerinting macam amy search. Macam budak budak rock dalam TV rtm. Terngiang ngiang lagu Isabella di telinga gua.lagu nombor satu radio masa tu.

" Ada ada ada..kejap ye.." jawab gua sambil berlari ke dalam rumah menjerit abah gua di belakang rumah. Kemudian gua keluar kedepan rumah balik. Gua & adik memerhatikan saja kawan abah yang sedang balut rokok atas moto..

"Sekolah dah darjah berapa..?" tanya brader tu secara tiba tiba.

'Err..darjah 5.." jawab gua dengan slumber. Padahal gua baru tadika. Adik gua kt sebelah mengangguk saja.

" Oh dah darjah 5? Besar nanti nak jadi apa?" tanya brader tu lagi.

"Err.ermmm tak tahu.." jawab gua kucar kacir.

"Cikgu kat sekolah tak ada tanya ke?" brader tu sesungguh betul tanya.

"Tak ada." ringkas gua jawab.

"Ok. Lain kali bila cikgu tanya bila besar nak jadi apa, jawab nak jadi rock."terang brader tu lagi sambil menunjukkan isyarat tangan rock.

Gua mengangguk kepala saja sambil lihat adik gua sedang asyik nyonyot botol susu di sebelah.

"Ingat tu. Nak jadi apa?" tanya brader tu lagi.

"Nak jadi rock.."jawab gua pantas.


Brader tu tersenyum lebar sambil rokok melekat di bibir......

Dec 17, 2010

Harapan..






















gua harap pasni bila badan gua macam malek noor, gua akan sentiasa pakai singlet....
....amir,tunggu la...

Kisahnya...

Sebelum pi kerja tadi gua sempat menanyakan sesuatu pada anak jiran gua si amir....

" mir, besar nanti maw jadi apa ?? "

" ermmm..besar nanti amir nak jadi macam abang paiz..besar & gemuk......"
jawapan spontan dari mulut amir.


Gua terus berlalu tanpa say bye kat amir..tetiba gua terasa panas hati. kecik kecik dah pandai perli.. #$%&%#!!!!

Dec 16, 2010

Gua punya keredupan..
















"...option and then send..." tak lama kemudian tu..tet tet tet tet . gua terima sms & bait2 ayat msg mengatakan dia suka mms yang gua hantar pagi tadi.gelak sakan katanya....itu cukop memadai..
gua tersenyum lalu bergegas pi kerja...



owh lupa...dengan sukacitanya harini adalah hari si apiz takeshi..ya yaa..bithday boy katakan.so malam ni gua pakat pakat maw party sama dia di warong saja kot..standby apiz..

Once upon a time..

The three ninjas kick back..



***

gua rasa macam ada yang tak kena ja 3 kutu ni...erk

Info pagi anda..

Dec 15, 2010

Ink..






















Bile gua tengok karikatur ni, teringat pelukisnye...gua ingat nak ziarah jenguk dia. Lama tak jumpa dia..ntah apa dia buat sekarang..anywy thank for bob a.k.a brahim topi...ink on tissue.gua simpan lagi tisu ni..

***
bob lukis karikatur muka gua sendiri time gua tengah syok baham roti canai banjir kat warung mamak semasa ngeteh melepak bersama di malam bulan pose circa 2008..

Macgyver





















Brada ni memang tip top number one la. Dia ni kalau bikin luar jangkaan atau dalam kesusahan untuk melepaskan diri dari musuh mesti guna pisau libat azimat dia ni. Dia bukannya takda can nak pegang pistol, tapi dia malas nak guna. tak baik tembak menembak kata dia, buat naya orang saja. Ada sekali tu dia dah dapat pistol tapi dia campak macam itu saja & keluarkan spanar pulas paip air buat lawan orang jahat. Cilakak betoi brada ni.Lu memang gerekk. Tip top 10 bintang gua kasi markah kat lu brada. huzz huzz
 
***
 
Bab spanar spanar ni gua teringatkan cerita awang spanas. Slumber badak p leraikan mesin gun orang jahat guna spanar hidup. Kannina, memang super gerekk ahhh...seganding sama macgyver
  


Emergency

Tadi sebelum pi kerja anak sedara  gua bersila selak-selak surat khabar di ruang tamu. Gua pula tengah baik nak menggoreng telur untuk santapan sarapan pagi gua di dapur. Tiba-tiba, anak sedara gua jerit panggil gua.

"Paman, paman!"

Sepantas kilat gua meluru ke hadapan takut takut kalau ada emergency berlaku.

"Ada apa ni nuyin panggil paman?"

Anak sedara gua senyum nipis baik punya.

"Ni gambar paman, kan?" tanya anak sedara gua sambil tunjuk gambar kat bawah ni dalam surat khabar pada gua.






















" huishhh, huishhh bukan, bukan " jawab gua sambil genggam erat sudip di tangan.


Dec 14, 2010

Circa 80' an..ceciter..ceciter


















malas nak cerita ahh....dari zaman setahun jagung gua dah pandai bergaya...
zaman pampers kembung

***

huahuahua..!!!

Dec 13, 2010

Renungan umpamaan.

" Restoran adalah medan perang.
  Nasik Campur adalah senjata.
  Tidur adalah kemenangan..."

gua suka " quote " ayat ni dari salah sorang blogger.
abih lunch time kang mungkin gua  salah sorang daripada org yang mengantuk...huarghhh

Dec 6, 2010

Internet

Gua rasa 'scene' internet ni tak berapa 'real'. Gua ingat nak quit 'scene' internet dan bagi tumpuan ke 'scene' yang lebih 'real' seperti jadi nelayan & bertani. Kah kah kah.


***

malam ni nak gerak pi Temasik dah..ok bye bye!!

Dec 3, 2010

menyusahkan rakyat...

Asal Jusco sale je jalan jam
Asal jalan jam je Jusco sale


Tapi itu semua tak penting.yang pasti gua sudah ngap ini menu sama naz malam tadi.........
















***
nyummmm...!!!

Dec 2, 2010

R.I.P

Kisah pagi ni mmg buat wa rasa terkesima.....baru saja gua nak melangkah ke bilik mandi, mak gua bercakap ngan gua dengan sunggul yang kucing tompok family gua sudah mati.terkaku kerass kat tepi tayar keta gua..arghh damnn..siott siott gua bagai tak percaya..terus gua melulu keluar dan ternyata betoii..kucing gua dengan ragam manja dah terkaku bujur. Gua pon tak pastii...secara tiba tiba....& yang pasti balik kerja nanti sampi di umah gua dah tak merasa kemanjaan kucing tu di kaki gua...gua suka usap perott diaa..gua suka dia tido atas riba ..gua suka tengok dia panjat bumbung umah ..tapi.ianya tinggal memori sajaa....Rest In Peace...




Info Kesihatan...

















"...Otak kita ini kadang2 kena rehat.pasal apa? pasal kelenjar esplentes di celah tinga itu akan rosak kalu kita tidak gelak dengan jayanya. bila gelak, pendulum astigos kapilari tumtum di tekak akan memproses gelak itu ke otak sebelah ubun ubun yang menyebabkan ketenangan mahupon bermasalah..Kajian dari pakar arkielogi rangkain lawak & hiburan..."


***

ha ha...ngok!!!

Dec 1, 2010

%$^!$#%^**%^.

Kondisi mood gua arini sangat teruk..tapi gua boleh handle punye.layan kan je la.Sebenarnya hari ni masuk 3 hari gua demam & semalam gua mc dengan jayanya even kat umah semalam gua dpt tido2 ayam ja..pasal apa? pasal gua di ganggu makhlok2 yang di beri nama NUYIN.grr grrr....bukan kemain dia konker keseronokan di umah bila gua ada..gua layankan je la karenah dia. "Kena jangkit demam jgn salahkan PAMAN yew nuyin...;p"

Petang isnin tu gua sempt pi klinik panel berdekatan ngan ofis gua. ingat dapat ubat bagai tu leh la recover sistem imunisai badan gua untuk lebih sihat esok harinya. Ternyata tekaan gua meleset..ingatkan cerah di pagi hari , tapi mendung di siang hari.  Demam gua makin teruk ke esokkan paginya...tak boleh jadi..gua mmg tak larat pagi tu..terus start panaskan enjin kereta & terus pecot ke klinik dr rosli seksyen 18..gua pi klinik berbayar..selepas jumpa doktor & check bagai badan, gua terus menunggu di kauter sebelum di panggil oleh misi untuk amik ubat.gua ingat misi cantik molek sekali jantan daa..chaitt..tup tap tup tap gua kene charges RM75.."cilakakkk mahaii betol ubat la ni".aduh aduhh keluhan gua amat di rasai dgn muka toya wa..arghhh nanti gua claim..dpt la seketoi hari MC..huzz


***

Kesimpulannya gua mmg tak suka DEMAM!!!!..grr grrr