Dec 24, 2010

Jibam Ooo jibam


" Anak suman.... Jibam, jibam
  Dengarlah lagu...
  Kunyanyikan, hanya untukmu...
  Gemuk pendek.. tembam tembam..
  mata bulat "

Lagu ni telah sinonim pada penggemar novel jibam. ya jibam, lagu yang dinyanyi oleh anak-anak kampung untuk mengejek Jibam.

Novel Jibam ni gua baca masa sekolah rendah lagi, seingat gua la. Zaman pinjam dari abang sedara gua, tapi gua tak menghayati sangat maklum la zaman sekolah rendah  hangat hangat taik ayam ja bacanya. Hasil karya dari Ujang yang ketika dahulu pernah menjadi satu fenomena besar terhadap novel novel tempatan lain. Kisah ACA, Aku Budak Minang dan Atuk adalah salah satu karya agung ujang sewaktu era komik gila-gila. Tahun 2005 camtu gua dapat sambar novel ni tatkala mengunjungi festival buku di kompleks PKNS bersama kawan gua si shahnizam daud. Time tu gua rasa "WAHHHH" gembira bukan kepalang memiliki "JIBAM". Novel yang gua dapat ni cetakan keberapa ntah gua pon tak tahu. Yang pasti sesiapa memiliki cetakan pertama memang "rare".

Novel Jibam boleh gua katakan kisah realiti kehidupan masyarakat. Apa yang tertulis dalam Jibam bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku di dunia sebenar, malah dalam zaman yang serba moden ini pun masih ramai yang berkelakuan seperti Tok Ngah Sudin, Usin Singai dan Fakir (watak dalam novel jibam) serta masih ramai yang memandang rendah pada orang seperti Jibam. Bagi yang beragama Islam, anak-anak seperti Jibam, sudah tentu tempatnya di sana kelak, bukan seperti kita, masih berusaha merangkak rangkak untuk masuk ke syurga-Nya. Pada yang rasa novel melayu tak menarik, gua cadangkan  baca novel Jibam ni, lepas tu buat penilaian sendiri semula.

Jibam atau nama sebenarnya Ashraf adalah anak pada Suman dan Piah yang merupakan seorang kanak-kanak yang bodoh-bodoh & unik setelah mengalami demam panas. Novel ini banyak membongkarkan kisah pengkhianatan, kekeluargaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Novel ni mengetengahkan watak antagonis seperti Tok Ngah sudin iaitu sahabat pada suman yang pasti menimbulkan perasaan kebencian dan kemarahan pada setiap pembaca kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan angkara nafsu tamak halobanya dan permusuhannya dengan Jibam. Selain itu, watak fakir, kadir, piah .....bla bla bla banyak menghidupkan lagi penceritaan ini.

Novel ini juga banyak menerapkan kisah kisah humor yang dilakukan oleh Jibam pada orang kampungnya sendiri dan juga mengisahkan bagaimana jibam membongkar rahsia pembunuhan ayahnya, suman. Bagaimana nasib Jibam? semuanya terungkap dalam novel ini. Walaupun gua dah lama tak baca novel ini, tapi plot ceritanya masih gua ingat dan memang melekat pada hati gua.

Pada gua kisah jibam ni sarat dengan pengajaran. Syabas kepada Ujang kerana membawa gua menyelami kehidupan kanak-kanak seperti Jibam..

All hail JIBAM!!!!


Ujang


2 comments:

  1. nak tnya , novel ni still ada dgn abg sedara awak tak ?

    ReplyDelete
  2. please response me at my blog .. thanks..

    ReplyDelete