Dec 20, 2010

Isnin

Hari isnin...bermulanya kemalasan yang membelengu untuk bekerja. Tapi kemalasan tu tidak berpanjangan, cuma permulaan untuk hari pertama dalam minggu pertama, kedua.bla bla bla saja. Bercerita tentang isnin, gua teringat akan zaman sekolah yang sudah gua tinggalkan 9 tahun sudah. Yup..hari isnin adalah ari agung untuk perhimpunan pagi sekolah Pukul 7.15, semua dah kena beratur menghadap bangunan sekolah. Awal betul.

Biasanya setiap pagi semua pelajar akan mulakan perhimpunan dengan menyanyikan lagu sekolah. Gua pun dah tak berapa ingat dah dia punya senikata. Selesai lagu sekolah, lagu kedua menyusul lagu negeri selangor. Ada hari yang pekena lagu Malaysia Sejahtera apa benda entah. Di sini dapat la gua mendengar sore2 bergema dari SMK 24 yakni sekolah gua sendiri. Tak lupa juga pada sore sore lemau pagi dari member2 sekolah gua. Ada yang menyanyi dengan mata kelam, ngantuk bagai dan tak lupa jugak  pada geng2 yang lewat masuk sekolah menyanyikan lagu lagu pehimpunan dari luar pintu pagar sekolah dek kena tahan lewat datang sekolah oleh pengawas. Tapi yang paling gua suka, ada satu lagu 'mainstream' yang kami kena nyanyikan beramai-ramai. Lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. nyanyian dari...dari darii jay jay. kalo tak silap gua la..ahh gua lupa lupa ingat la pulak..
Bila mula saja lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh itu, ramai la geng geng yang menyanyikan dengan penuh berkobar.dan ada pula yang menyanyi dengan penuh perasaan sambil tangan tang terangkat rangkat bagai..

gua pula macam biasa..sedaya upaya dapatkan tone sore awie..sampai la ni tak menjadi...haihh

1 comment: