Awesome.Two thumbs up!!!!...itu yang dapat gua luahkan. Filem ini memang mengamit riuh rendah gelak tawa dalam panggung...
Filem ini adalah Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ di teruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram dan sindiran sinis secara halus pada kita terutama pada ahli pemimpin politik bagai. Hasil karya dari anak jati PERAK iaitu mamat khalid. yup, mamat khalid byk mengadaptasikan humor2 lawak segar bugar bagai dalam filem hantu kak limah seperti filem filem lain arahannya. yang penting penggunaan jelas LOGHAT PERAK yang menjadi medium dalam dialog penceritaan..CECITER..CECITER..CECITER..yup..ungkapan ini akan menjadi siulan pada kita semua...
" mantopp mamat khalid, bikin wayang pecah perot untuk rakyat..terbaekk"
Husin yang telah lama bekerja di Singapura selama 3 tahun mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.Perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang agak psycho bila pertama melihat karakter dia.langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Husin juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas terus ke warung pak jabit & menceritakan orang-orang kampung yag mengeteh disitu yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.Humor dari husin lakonan awie sendiri adalah cara berlarinya yang bikin gua tergelak..cara berlari style filem komedi cina yang selalu diterapkan dalam filem stephen chow..yeahhh
Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Humor dari abu hurairah lakonan johan raja lawak ialah style dia menunggang moto.ha ha..arghhh.seterusnya itu Pak Jabit yang sememang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan pertunangan dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Watak Usop si lelaki lembut penari kebudayaan paling2 menyerlah dalam cerita ni bagi gua.Sangat2 terkesan lakonannya.
Dalam keadaan sibuk dengan hantu kak limah husin ni cuba tackle balik bekas tunang die Che’Nin anak pada pak jabit..Pak abu, ketua kampung pisang mencanang kepada semua utk ke rumah kak limah itu sendiri.dalam cool pak abu ni ada jugak riaknya..yess satu babak pak abu dimana terserempak dengan kak limah dan terus meracau demam.Datang pula bomoh mengaku diri org indonesia lakonan sofi jikan yang tidak kurang hebatnya.bertapa sehingga ke gunung everest & padang pasir.kesudahannya di tampor dengan hantu kak limah sendiri.sudahnya meracau demam.ha ha...cilakak punye sofi jikan.pakai but pacak 22 lubang kot agaknya..ha ha style.
Kemudian datang pula bomoh siam untuk menghalau hantu kak limah dari muka bumi.seruan "pulawok..pulawokk..pulawokk...& gah gah gah" yang menjadi humor disini. Sudahnya datang pula antu nang nak dan antu kopek "tetek"..lain diseru lain yang datang.akhirnya tumpas jua.di libas smack down oleh hantu kak limah sendiri.
Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah “
Menarikkan filem ni? Kolabrasi semua pihak termasuk pelakon amatlah penting dalam menjayakan filem. Jadi apa tunggu lagi, yang belum tengok. Jom ramai-ramai usya~
...
gua rasa maw tengok balik filem ni weh..........!!!

ahaks..
ReplyDeleteperghhhhh, dh jd cam wartawan plak gayanya..
huhuhhuhu..tgu lah wahai hantu kak limah, lang nk dtg menjenguk anda di pawagam....huhuhuhuhuh!!